Risiko orang bertubuh rendah?

Risiko orang bertubuh rendah?

Kajian terhadap tiga juta orang oleh penyelidik dari Eropah ini memang sangat menakutkan terutamanya kepada mereka yang bertubuh agak rendah.

Golongan lelaki yang memiliki struktur tubuh lebih rendah dari 165.4cm, manakala golongan wanita yang lebih rendah dari 153cm memiliki risiko 1.5 kali lebih tinggi untuk terkena serangan jantung berbanding mereka yang lebih tinggi.

Ia kerana pembuluh darah yang menuju ke jantung untuk orang yang rendah ini adalah lebih kecil kecil dan memudahkannya untuk tersumbat.

“Hasil penemuan ini, individu yang bertubuh rendah diharapkan untuk lebih menjaga kesihatan serta mendapatkan berat badan yang ideal selain menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam dan tidak merokok.” – Profesor Jaako Tuomilehto (Universiti Helsinki, Finland)

Namun tidak kisahlah sama ada anda memiliki tubuh yang rendah atau tinggi, kerana apa yang penting ialah kita sama-sama menjalani gaya hidup yang sihat.

Manakala umur panjang atau pendek itu adalah hak Allah untuk menentukannya.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!