Rendang Kupang

Rendang Kupang

Bahan-bahan:

  • Kupang – 300 gram
  • Cili kering – 10 tangkai
  • Bawang merah – 80 gram
  • Bawang putih – 60 gram
  • Halia – 30 gram
  • Kunyit – 30 gram
  • Serai – 4 batang
  • Lengkuas – 2 inci
  • Kacang panjang – 200 gram
  • Santan – 1 liter
  • Kerisik – 2 sudu
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan lengkuas sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan kupang, santan dan kerisik.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  6. Biarkan seketika sehingga masak sepenuhnya.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Manfaat tiram terhadap seks dan sistem reproduktif

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!