Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Raikan Hari Ibu bersama Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Raikan Hari Ibu bersama Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Istimewa sempena Hari Ibu pada 12 Mei 2019 ini, Pavilion Hotel Kuala Lumpur yang diuruskan oleh Banyan Tree menjemput anda semua untuk raikan Hari Ibu bersama Pavilion Hotel Kuala Lumpur dengan memberikan promosi yang menarik bagi anda menghargai para ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.

“Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.” – William Ross Wallace (What Rules the World)

Baca artikel: Pavilion Hotel Kuala Lumpur raikan ‘Muhibbah Feast’ di The Courtyard

Dengan hanya RM380, anda boleh menikmati hidangan makanan Jepun untuk 3 hingga 4 orang di Ebisu. Tetapi ia hanya untuk tempoh 2 hari sahaja iaitu pada 11 & 12 Mei 2019 untuk makan tengah hari (12 tengah hari – 3 petang) dan makan malam (6 petang – 11 malam) sahaja.

Raikan Hari Ibu bersama Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Malah anda juga boleh manjakan wanita yang anda sayangi itu dengan sesi spa di Banyan Tree Spa melalui pakej isitimewa yang disediakan, iaitu urutan penuh badan selama 60 minit dan urutan belakang selama 30 minit pada harga RM371 (harga biasa – RM636). Namun promosi ini hanya sah sehingga 31 Mei 2019 sahaja.

Raikan Hari Ibu bersama Pavilion Hotel Kuala Lumpur

“Di Pavilion Hotel Kuala Lumpur, tiada kasih sehebat kasihnya seorang ibu. Itulah sebabnya kami membuat promosi di Ebisu dan Banyan Tree Spa, untuk anda menggembirakan dan memberikan kenangan terindah buat bonda tercinta pada Hari Ibu ini. Anda juga dinasihatkan untuk membuat tempahan secepat mungkin kerana tawaran ini adalah terhad.” – Anders Dimblad, Pengurus Besar, Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

Oleh itu, hubungi +603 2117 2823 atau email abisu-pavilionhotel@banyantree.com untuk makan di Ebisu, atau hubungi +603 2117 2888 untuk menempah sesi spa di Banyan Tree Spa jika tidak mahu terlepas peluang untuk raikan Hari Ibu bersama Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!