Puaskan nafsu makan di Mainroad Jalan Ampang

Mainroad Jalan Ampang

Warga Ampang dan Kuala Lumpur kini boleh memasukkan Mainroad Jalan Ampang ke dalam senarai port makan paling menarik.

Walaupun baru sahaja memulakan operasi pada 1 April 2019 yang lepas, ia terus menjadi tumpuan kerana lokasinya yang strategik.

Mainroad Jalan Ampang

Lokasi Mainroad Jalan Ampang ini memang sangat mudah dicari kerana ia terletak di Jalan Ampang. Jika sesat, memang tidak tahu nak kata apa lagi. Gunakan sahaja aplikasi Google Maps atau Waze. Mudah kan?

Baca artikel: 6 port makan terbaik di Ampang

Namun apa yang menjadikannya sangat menarik ialah dengan adanya 16 kedai makan dengan konsep yang berbeza. Antara konsep makanan yang ada di Mainroad Jalan Ampang ialah western, shell out, masakan Thai, masakan Mexico dan banyak lagi. Maka ia memang sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu makan.

Dengan kapasiti 90 meja makan, seharusnya tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan meja makan. Oleh itu, anda boleh datang ke Mainroad Jalan Ampang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Mainroad Jalan Ampang
Kedudukan meja di Mainroad Jalan Ampang yang luas.

Selain memuaskan nafsu makan, anda boleh hiburkan telinga dengan dendangan muzik dari live band dan artis jemputan.

Tetapi jangan pula anda datang pada waktu tengah hari kerana waktu operasinya hanya bermula dari jam 5 petang sehingga 3 pagi.

Sumber gambar: Facebook @mainroadjalanampang

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!