Pilihan tempat duduk terbaik untuk penerbangan selesa

Pilihan tempat duduk terbaik untuk penerbangan

Ketika menempah tiket penerbangan, perlukah tempat duduk ditempah atau dibiarkan sahaja pada nasib? Lagipun semua orang tetap akan sampai pada masa yang sama… Betul ke?

Betul, tapi kalau anda ada masalah tertentu atau mahukan keselesaan, ada baiknya anda menempah tempat duduk yang diingini ketika membeli tiket. Sekali gus ia juga mengurangkan risiko anda tidak ada tempat dalam penerbangan tersebut sekiranya berlaku tempahan tiket berlebihan.

[media-credit name=”Sumber gambar: airlinesfleet.com” align=”aligncenter” width=”900″]Pilihan tempat duduk terbaik untuk penerbangan[/media-credit]

Semak info berikut bagi membantu anda membuat pilihan tempat duduk terbaik untuk penerbangan selesa dan sesuai dengan keperluan;

  1. Ruang hadapan
    Tempat duduk paling selesa ialah di bahagian hadapan pesawat, namun ia selalunya dikhaskan kepada penumpang kelas bisnes. Cuba dapatkan tempat duduk di barisan hadapan ruang ekonomi. Sekiranya anda mempunyai alahan kepada bau tertentu, tempat ini paling sesuai kerana kebiasaannya udara di bahagian hadapan ini lebih segar berbanding bahagian lain.
  2. Ruang berhampiran sayap
    Jika anda sensitif pada sebarang pergerakan seperti mabuk udara, pilihlah tempat duduk di bahagian berhampiran sayap kerana kesan olengan dan gegaran kurang dirasakan di sini.
  3. Ruang belakang
    Ruang belakang kurang digemari kerana anda mungkin menjadi orang paling lambat keluar dari pesawat. Bagaimanapun, jika anda tidak tahan sejuk, ini adalah ruang paling sesuai. Ruang belakang biasanya lebih panas daripada ruang lain. Dan apabila pesawat berada di udara, ruang dalam kabin boleh menjadi lebih sejuk.
  4. Tepi tingkap, tengah atau tepi lorong
    Kalau anda jenis orang yang mudah terlelap semasa dalam penerbangan, ruang tepi tingkap adalah yang paling baik kerana kurang gangguan daripada penumpang lain. Sebaliknya, jika anda jenis yang kerap ke tandas, lebih baik pilih tempat duduk di sebelah lorong bagi mengelakkan gangguan kepada penumpang lain. Tempat yang paling tidak selesa pula ialah di tengah, apatah lagi kalau anda diapit oleh penumpang yang agak besar saiznya. Pun begitu, `hadiah’ kepada penumpang yang duduk di tengah ini ialah mereka boleh menggunakan dua alas tangan di tempat duduk itu!

Sumber gambar: airlinesfleet.com

Baca artikel: Cara mendapatkan harga tiket penerbangan terbaik

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!