Piala AFF U16 2019: Bersediakah Malaysia?

Piala AFF U16 2019

Bersediakah pasukan Malaysia untuk menghadapi saingan Piala AFF U16 yang bakal berlangsung pada 27 Julai sehingga 9 Ogos 2019. Ia kerana mereka dijangka menghadapi laluan sukar setelah diundi bersama pasukan Australia dan Thailand.

Rekod pemenang terbanyak kejohanan Piala AFF U16 ini dipegang oleh pasukan Thailand dan Vietnam kerana kedua-dua pasukan tersebut pernah memenangi kejohanan ini sebanyak tiga kali. Malah pasukan Australia juga pernah memenangi kejohanan ini pada tahun 2016. Manakala pasukan Malaysia pula, mereka pernah memenangi kejohanan ini pada tahun 2013, yang merupakan satu-satunya perlawanan akhir mereka dalam sejarah kejohanan ini.

Pasukan Piala AFF U16 2019

Kumpulan A

  1. Indonesia
  2. Myanmar
  3. Vietnam
  4. Timor-Leste
  5. Singapura
  6. Filipina

Kumpulan B

  1. Thailand
  2. Malaysia
  3. Laos
  4. Cambodia
  5. Brunei
  6. Australia

Jadual perlawanan skuad Malaysia U16

  • 28 Julai 2019: Malaysia lwn Brunei
  • 30 Julai 2019: Malaysia lwn Cambodia
  • 1 Ogos 2019: Australia lwn Malaysia
  • 3 Ogos 2019: Malaysia lwn Laos
  • 5 Ogos 2019: Thailand lwn Malaysia

Semoga skuad muda, bawah 16 tahun Malaysia ini mampu mengulangi kejayaan yang pernah dilakukan oleh abang-abang mereka pada tahun 2013.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!