Petua hilangkan rasa sedu

Petua hilangkan rasa sedu

Masalah sedu ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia selalunya akan menjadi semakin teruk untuk satu tempoh masa jika tidak dihentikan dengan segera.

Tetapi tahukah anda bagaimana untuk menghentikan masalah tersebut? Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghilangkan rasa sedu.

Petua hilangkan rasa sedu

  1. Minum segelas air masak. Cara ini biasanya hanya berkesan jika anda terus meminum air masak selepas sedu yang pertama atau kedua.
  2. Minum segelas air masak menggunakan penyedut minuman sambil menutup kedua-dua belah telinga anda menggunakan jari.
  3. Menarik nafas yang panjang dan hembuskannya menggunakan beg kertas atau beg plastik.
  4. Memakan satu sudu gula atau mentega kacang.
  5. Menarik nafas yang panjang dan tahan nafas selama 10-15 saat sebelum menghembuskannya semula. Cuba beberapa kali sehingga sedu anda berhenti.
  6. Tarik nafas perlahan-lahan selama 5 saat dan hembuskannya juga secara perlahan selama 5 saat. Ulang sebanyak 5 kali. Cuba semula selepas 20 minit jika sedu anda masih berterusan.

*Jangan gunakan petua ini pada bayi. Dapatkan khidmat doktor jika bayi anda mengalami masalah sedu yang berterusan.
**Orang dewasa juga harus mendapatkan khidmat doktor jika sedu berterusan ketika waktu tidur atau melebihi 48 jam.

Baca artikel: Gunakan buah pelaga untuk atasi masalah angin dalam badan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!