Petua hilangkan bau hamis kambing

Petua hilangkan bau hamis kambing

Kambing merupakan makanan sunnah bagi umat Islam. Malahan daging kambing ini memang enak untuk dibuat gulai atau sekadar dibakar sahaja.

Namun bau hamis yang kuat pada daging kambing ini boleh menjejaskan selera makan ketika hendak memakannya.

Cuba 4 petua berikut untuk hilangkan bau hamis kambing;

Petua 1
Rendam seketika daging kambing ke dalam air perahan limau sebelum dibersihkan untuk dimasak.

Petua 2
Gaulkan tepung gandum bersama daging kambing sebelum diperap seketika. Kemudian bersihkan sebelum dimasak seperti biasa.

Petua 3
Bersihkan daging kambing sebelum direndam ke dalam air kelapa. Biarkan selama setengah jam sebelum diangkat dan dibersihkan dengan air sebelum dimasak.

Petua 4
Ramas beberapa pucuk daun jambu batu bersama air dan tapis. Kemudian tuang air tersebut bersama sedikit halia dan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam bekas berisi daging kambing. Gaul dan biarkan diperap seketika sebelum dicuci untuk dimasak.

Selamat mencuba!

Cuba resipi: Gulai kambing


Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!