Pesta Kebudayaan Borneo 2019 di Sibu, Sarawak

Pesta Kebudayaan Borneo 2019

Sibu akan dimeriahkan dengan acara Pesta Kebudayaan Borneo 2019 anjuran Majlis Perbandaran Sibu yang berlangsung selama sepuluh hari di Dataran Tun Tuanku Bujang bermula hari ini. (18 July 2019 – 27 July 2019)

Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan muzik dan tarian kebudayaan masyarakat Sibu iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu, Melanau dan Cina pasti akan menghiburkan para pengunjung.

Sebagai acara pelancongan terbesar di Sibu, ia dianjurkan dengan tujuan untuk mempromosikan warisan ‘Keindahan Kepelbagaian Etnik’ di Pulau Borneo kepada seluruh dunia.

Pelancong pula boleh meluangkan masa untuk bergaul mesra dengan penduduk tempatan dari pelbagai lapisan masyarakat melalui acara ini.

Malah ia juga merupakan tempat paling sesuai untuk mempelajari perkara berkaitan muzik dan budaya asli Sarawak.

Antara aktiviti menarik yang lain ialah pameran gambar-gambar lama Penang Hill dan konsert ‘Muzik di Bukit’.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Kebudayaan Borneo 2019.

Layari laman sesawang smc.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini.

Sumber gambar: Malaysia.travel

Baca artikel: Selangor International Indigenous Arts Festival 2019 pamerkan khazanah warisan kaum orang asal

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!