Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pesta Air Pulau Marina 2019

Pesta Air Pulau Marina 2019 sasarkan 5000 penyertaan

Pulau Marina bakal menganjurkan ‘Pesta Air Pulau Marina‘ pada 27 April 2019.

Pada anjuran kali ke-3 ini, mereka menjangkakan penyertaan seramai 5000 peserta, berbanding 3000 peserta pada tahun 2017, dan 1200 peserta pada tahun 2015.

Malah pada edisi kali ini, lebih banyak permainan air yang bakal diadakan seperti cabaran MUD POOL, DUNK TANK dan GLADIATOR.

Manakala kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun boleh menyertai Pesta Air Pulau Marina dan bermain WATER SLIDE secara percuma sahaja.

Setiap peserta juga dinasihatkan untuk membuat pra-pendaftaran untuk berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Layari laman sesawang marinaisland.com untuk maklumat lanjut.

Sumber gambar: Facebook @marinawaterfestival

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!