Peria Goreng

Peria Goreng

Bahan-bahan:

  • Peria – 2 biji
  • Udang – 200 gram
  • Cili merah – 3 tangkai
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Telur – 1 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan peria sebelum dipotong kecil.
  2. Gaulkan garam bersama peria sebelum dibasuh semula dan seterusnya tuskan air.
  3. Tumbuk cili merah, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  5. Masukkan udang yang telah dibersihkan dan dibuang kulitnya.
  6. Masukkan peria setelah naik bau dan seterusnya masukkan telur.
  7. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Teruskan menggoreng sehingga masak.
  9. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!