Pengarah filem The Batman kongsi imej terbaru Batmobile

Batmobile

Batmobile dalam filem Batman sentiasa menjadi perhatian peminat. Versi yang dihasilkan oleh Matt Reeves ini boleh dikatakan antara yang paling menarik pernah dihasilkan.

Reeves yang berkongsi imej Batmobile tersebut melalui laman Twitter beberapa hari lepas memaparkan ia dari tiga sudut yang berbeza.

 

Apa yang menarik mengenainya ialah ia memiliki ciri-ciri klasik yang terdapat pada siri cerita Batman arahan Adam West. Malah ia juga sangat berbeza dengan Batmobile yang pernah dihasilkan pada filem Batman versi Zack Snyder dan Christopher Nolan.

Imej tersebut juga memaparkan Batman lakonan Robert Pattinson dengan kostum terbarunya.

Filem Batman yang dijangka berada di pawagam pada tahun 2021 ini turut menampilkan Zoe Kravitz sebagai Catwoman, Colin Farrell sebagai The Penguin, Paul Dano sebagai The Riddler, dan Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth.

Baca artikel: Tale Of Six Soulmate (TOSS) perkenalkan Pencipta Rasa

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!