Penangan masak lemak salai MASTHAR!

Beroperasi di Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, kedai ini menyediakan menu istimewa masak lemak cili padi. Tetapi jika medan selera tersebut terlalu ramai, anda boleh ke cawangan mereka yang berhampiran iaitu di Food Vallet, Kajang.

masthar
Aneka salai masak lemak.
masthar
Dimasak mengikut sukatan resipi tersendiri.

Pelanggan boleh memilih menu seperti itik salai, ayam salai, daging salai atau ikan keli salai yang dimasak dengan kuah lemak cili padi. Satu set hidangan dilengkapi dengan sepinggan nasi, ikan masin serta ulam. Pelangan juga boleh menambah pelbagai variasi ulam lain yang disediakan.

Penyediaan menu disini menggunakan bahan-bahan berkualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan. Sekali rasa, pasti anda akan jatuh hati dengan keunikkan rasa masak lemak cili pada di sini. Walau pun kuahnya agak pedas, namun ia cukup rasa untuk membangkitkan selera makan pelanggan.

Selain menu masak lemak cili padi yang menjadi kegilaan ramai, pelanggan juga boleh mencuba itik salai, ayam salai, daging salai atau ikan keli salai yang dimakan bersama air asam. Rasanya memang terbaik!

Kedai ini beroperasi setiap hari bermula jan 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Jika tidak mahu beratur panjang, elakkan datang pada waktu puncak sekitar jam 1.00 petang hari bekerja.

Kaunter untuk pelanggan yang ingin ‘tapau’ masak lemak salai.

Bagi memudahkan pelanggan, dua kaunter disediakan untuk mereka yang mahu makan di sana atau bungkus bawa pulang. Harga satu set hidangan bermula RM6.00, mengikut pilihan menu pelanggan.

Jika anda memiliki kedai makan menarik yang patut diketengahkan, boleh hubungi kami melalui emel lagendapress@gmail.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!