Pekerja di Jepun diarahkan bekerja dari rumah sepanjang Olimpik 2020

Olimpik 2020

Kebanyakan syarikat yang beroperasi di Tokyo bersedia untuk meminta pekerja mereka membuat kerja dari rumah sahaja semasa Olimpik 2020 berlangsung pada 24 Julai 2020 hingga 9 Ogos 2020, diikuti oleh Paralimpik pada 25 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.

Dengan kepadatan penduduk sebanyak lapan juta orang, dan bakal ditambah dengan anggaran sebanyak 650,000 penonton dan pelancong akan mengurangkan tekanan ke atas perkhidmatan pengangkutan awam jika rakyat Jepun tidak keluar bekerja di pejabat semasa temasya Olimpik tersebut berlangsung.

Kini kerajaan Jepun dengan kerjasama jawatankuasa penganjur Olimpik sedang mempromosikan ‘telework‘ yang akan menyaksikan beberapa syarikat dengan beratus-ratus ribu pekerja mencuba untuk bekerja dari rumah.

Lebih daripada 50,000 pekerja Fujitsu dan 34,000 pekerja NEC Corp dilaporkan mengambil bahagian dalam percubaan tersebut.

Manakala Toyota hanya membenarkan 1,600 pekerja di Tokyo untuk bekerja dari rumah semasa Sukan Olimpik 2020 berlangsung.

Sumber gambar: tokyo2020.org

Baca artikel: Jersi pasukan bola sepak diperbuat daripada buluh

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!