Pavillion dalam kampung ini boleh mengenyangkan perut anda!

Pavillion dalam kampung

Haaa, jangan tak tau kat dalam kampung pun ada Pavillion tau. Tapi Pavillion ni best sikit sebab boleh kenyangkan perut. Bukan tempat shopping terkenal kat KL tuuu.. Pavillion yang dimaksudkan ialah Restoran Pavillion Steak & Grill. Lokasinya di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Kalau nak datang sini, guna Waze je senang. Takdelah korang sesat nanti sebab restorannya agak ke dalam juga melalui jalan kampung.

Memulakan operasinya sejak Oktober 2015, restoran di bawah kendalian Pavillion Catering ini menyajikan pelbagai cita rasa makanan. Ada makanan Chinese style, makanan Arab, masakan Melayu, Barat dan Itali. Pendek kata, kena dengan cita rasa masyarakat kita yang gemarkan pelbagai rasa.

Meskipun terletak dalam kawasan kampung, namun restoran ini kelihatan mewah dengan berkonsepkan minimalis dan cozy serta terdapat sedikit konsep Arabic melalui dekorasi batu-batanya. Keluasan restoran ini pula boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa.

Menurut pemiliknya, Sharifah Norezlina Syed Yussof dan Khairul Anwar Ahmed yang juga merupakan chef di sini, mereka mahukan pelanggan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di samping harga yang sangat berpatutan. Dan yang paling penting, semuanya homemade seperti sos pasta, sos grill, piza, pesto, mushroom soup dan banyak lagi.

Pavillion Steak & Grill turut menyediakan menu tengah hari. Restoran ini mula beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Selain itu, pelanggan juga boleh mengadakan majlis kecil-kecilan seperti parti hari lahir, mesyuarat, perjumpaan semula dan sebagainya di sini. Cuma perlu buat tempahan awal sahaja.

Jom beralih kepada menunya pula. Tak lengkap rasanya kalau tidak merasai menu-menu spesial di restoran ini. Punyalah banyak menu yang ditawarkan. Antaranya Chicken Chop, Lamb Chop, Pizza, Skewers, Pasta Pesto Udang Galah, Soft Shell Crab, Grill Fish dan sebagainya. Tidak kurang juga pelbagai jenis minuman seperti Chocolate Ice Blended, jus buah-buahan dan pelbagai lagi.

Bila musim ‘kering’ menjelma hujung-hujung bulan nanti tak payah bersesak-sesak nak ke Pavillion kat Bukit Bintang tu. Datang je ke Pavillion Kampung Sungai Ramal ni. Macam-macam ada. Confirm perut kenyang.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!