Pavilion Hotel Kuala Lumpur raikan ‘Muhibbah Feast’ di The Courtyard

Sempena kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi, Pavilion Hotel Kuala Lumpur yang diuruskan oleh Banyan Tree bakal meraikan Muhibbah Feast di The Courtyard dengan menyajikan hidangan makanan tempatan yang istimewa.

Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Dengan pelbagai hidangan menarik yang bakal disajikan seperti kambing panggang, burung puyuh percik, ikan bakar ala Portugis dan satay pasti membuka selera anda untuk berbuka puasa.

Muhibbah Feast

Muhibbah Feast

Muhibbah Feast

Selain itu, terdapat juga gerai yang menyediakan nasi lemak, char kway teow, roti canai, murtabak dan apam balik, khas untuk anda yang gemarkan makanan citarasa Malaysia.

Muhibbah Feast
‘Raja buah’ durian akan dihidangkan bermula jam 8.15 malam.

Malaysia bukan sahaja kaya dengan sejarah, malah kaya dengan pelbagai pilihan makanan yang menakjubkan. Demi menghormati bulan Ramadan, kami akan menghidangkan masakan Melayu, Cina, India dan Peranakan yang menjadi simbol perpaduan dan budaya masyarakat Malaysia. – Anders Dimblad, Pengurus Besar, Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

Muhibbah Feast di The Courtyard ini bakal berlangsung pada bulan Ramadan nanti iaitu pada 9 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019, bermula jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam.

Harga promosi bagi yang membuat tempahan awal sebelum tarikh 8 Mei 2019 ialah RM98 untuk seorang dewasa, dan RM49 untuk kanak-kanak. Selepas berakhirnya tarikh promosi tersebut, harga bagi seorang dewasa ialah RM135, manakala untuk kanak-kanak ialah RM68.

Buat tempahan sekarang melalui talian +603 2117 2821, atau e-mel thecourtyard-pavilionhotel@banyantree.com untuk membolehkan anda menikmati hidangan yang disajikan mereka sepanjang bulan Ramadan nanti.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!