Panduan mengemas bagasi sebelum bercuti

Panduan mengemas bagasi

Setiap percutian memang memerlukan beberapa peralatan untuk dibawa termasuklah pakaian. Ia bertujuan untuk menjadikan percutian anda lebih selesa.

Malah anda juga pasti tidak mahu ada barang-barang keperluan yang terlebih dibawa atau tertinggal ketika bercuti.

Ikuti panduan mengemas bagasi berikut bagi memudahkan percutian anda;

Senarai barang-barang/pakaian
Ini merupakan perkara pertama yang anda perlukan sebagai panduan ketika mengemas bagasi. Ia bertujuan supaya anda membawa barang-barang yang diperlukan sahaja ketika bercuti.

Semak semula
Merupakan perkara yang sering dilupakan ketika mengemas bagasi. Semak semula senarai barang-barang keperluan supaya tidak ada barang yang tertinggal.

Polisi bagasi
Semak polisi bagasi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Pastikan anda tidak membawa bagasi yang melebihi berat muatan.

Gulung pakaian
Menggulung pakaian sebelum dimasukkan ke dalam bagasi boleh menjimatkan ruang. Malah anda tidak perlu bersusah payah untuk melipat pakaian.

Asingkan barangan berharga
Kita sering mendengar kes kehilangan bagasi. Kerana itu anda perlu asingkan barangan berharga dan jangan letakkan bagasi barangan berharga tersebut ke ruangan kargo.

Bawa beg lebih
Anda tidak akan mengetahui bila anda memerlukannya. Ia untuk memudahkan anda menyimpan barangan yang dibeli sepanjang tempoh percutian atau digunakan untuk menyimpan pakaian kotor.

Barangan cecair
Jangan bawa barangan cecair yang berlebihan seperti sabun dan syampu. Gunakan set travel untuk dibawa ketika bercuti.

Pakaian berat & besar
Pakaian yang berat seperti seluar jeans boleh menyukarkan anda untuk mengemas bagasi. Pakai pakaian tersebut ketika menaiki penerbangan untuk menjimatkan ruang bagasi anda.

Baca artikel: Periksa 10 perkara ini sebelum pergi bercuti

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!