Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019 di Cititel Penang

Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019

Pameran Miniatur Malaysia (Malaysia Miniature Hobby Show) atau dikenali sebagai MMHS bakal berlangsung pada 29 & 30 Jun 2019 di Cititel Penang.

Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019
Anjuran kali ke-empat dan yang terbesar di Asia Tenggara ini bakal menarik ribuan pengunjung.

Ia juga merupakan pameran perdagangan yang menghimpunkan pengilang permainan hobi dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Sepanyol, Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Vietnam dan New Zealand.

Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019

Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019

Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019

Selain mempamerkan produk, pengilang-pengilang tersebut juga bakal melancarkan produk terbaru mereka ketika acara itu berlangsung.

Pertandingan Malaysia atau MALCOM pula merupakan pertandingan model miniatur yang menghimpunkan pereka model miniatur dari rantau Asia Tenggara.

Pada tahun 2019 ini, terdapat 9 kategori yang dipertandingkan.

  1. Kapal terbang
  2. Kenderaan perisai
  3. Kereta
  4. Gunpla
  5. Sains fiksyen
  6. Sejarah / Ketenteraan
  7. Kapal
  8. Diorama & Vignettes
  9. Model Siri Lucu
Pameran Miniatur Malaysia & MALCOM 2019
Para peserta juga akan dinilai oleh barisan juri yang dihadiri dari pelbagai negara.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri MMHS & MALCOM 2019 pada 29 & 30 Jun 2019 di Cititel Penang untuk menyaksikan pelbagai model miniatur yang menarik!

Sumber gambar: mmhs2018.weebly.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!