Nikmati ‘Cendol Santan Sawet’ di Jeram

Cendol Santan Sawet

Pernahkah anda mencuba untuk memakan cendol yang menggunakan santan sawet?

Cendol yang menggunakan santan sawet ini memiliki rasa yang lebih sedap berbanding cendol biasa. Malah ia juga dikatakan tidak mengandungi kolestrol.

Jika belum pernah merasa cendol santan sawet ini, bolehlah berkunjung ke Familiar Cendol Sawet yang terletak di Jeram, Selangor untuk merasakan sendiri kesedapan cendol tersebut.

Antara jenis cendol yang terdapat di sana ialah cendol durian, cendol jagung, cendol mangga, cendol naga, cendol oreo dan banyak lagi.

Cendol Santan Sawet
Cendol Durian
Cendol Santan Sawet
Cendol Mangga
Cendol Santan Sawet
Cendol Naga
Cendol Santan Sawet
Cendol Oreo

Manakala cendol durian sememangnya menjadi pilihan pengunjung Familiar Cendol Sawet kerana mereka hanya menggunakan durian yang terpilih untuk memastikan kualiti hidangan.

Selain cendol, anda juga boleh menikmati pelbagai lagi hidangan lain seperti soto, laksa, mi kari dan mi jawa.

Cendol Santan Sawet
Pelbagai hidangan yang disediakan di Familiar Cendol Sawet.

Layari laman Facebook Familiar Cendol SAWET untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan mereka.

Lokasi: Jalan Rizab Masjid, Kampung Bukit Hijau 45800 Jeram, Selangor.
Hari operasi: Sabtu – Khamis (cuti setiap hari Jumaat)
Waktu operasi: 11.30 pagi – 5.30 petang

Sumber gambar: Facebook Familiar Cendol SAWET

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!