Nasi Ulam

Bahan-bahan:

  • Nasi putih – 10 mangkuk
  • Udang kering – 150 gram
  • Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Belacan – secukup rasa
  • Daun kaduk – 20 helai
  • Daun limau purut – 10 helai
  • Daun kunyit – 2 helai
  • Daun janggus – 10 helai
  • Daun cekur – 10 helai
  • Serai muda – 4 batang
  • Kacang panjang – 100 gram
  • Cili padi – 50 gram
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Bawang merah – 100 gram

Cara menyediakan:

  1. Goreng nasi bersama belacan, garam dan kunyit hingga berbau wangi.
  2. Angkat dan biarkan seketika.
  3. Gaulkan nasi bersama daun kaduk, daun limau purut, daun kunyit, daun janggus, daun cekur, serai muda, kacang panjang, cili padi, bawang merah dan udang kering.
  4. Hidangkan bersama telur goreng.
  5. Nasi Ulam siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!