Nasi Minyak

Nasi Minyak

Bahan-bahan:

  • Beras wangi – 1 kg
  • Kulit kayu manis – 2 batang
  • Bunga lawang – 2 kuntum
  • Bunga cengkih – 3 kuntum
  • Buah pelaga – 3 biji
  • Bawang merah – 8 ulas
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Halia – 2 inci
  • Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
  • Minyak sapi – ½ cawan
  • Air – 5 cawan
  • Daun pandan – 1 helai
  • Garam – 2 sudu kecil
  • Kismis – 30 gram
  • Bawang goreng – 20 gram

Cara menyediakan:

  1. Basuh beras hingga bersih dan tus sehingga kering.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia sehingga nipis.
  3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk sebelum menumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kunyit, daun pandan dan beras yang telah dibersihkan.
  5. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  6. Masukkan air dan garam.
  7. Biarkan sehingga nasi masak.
  8. Taburkan bawang goreng dan kismis ke atas nasi.
  9. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!