Nasi Jagung

Nasi Jagung

Bahan-bahan:

  • Beras basmathi – 3 cawan
  • Air – 3 cawan
  • Susu cair – ½ cawan
  • Dada ayam – 1 keping (dibuang kulit & dipotong dadu)
  • Bawang merah – 3 biji
  • Bawang putih – 2 biji
  • Halia – 2 cm
  • Serbuk jintan manis – 1 sudu makan
  • Serbuk jintan putih – 1 sudu makan
  • Pati ayam – 1 kiub (dihancurkan)
  • Minyak – 1 ½ sudu
  • Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
  • Isi jagung – 4 sudu
  • Garam – secukup rasa
  • Daun bawang – secukupnya
  • Bawang goreng – secukup rasa
  • Badam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Basuh beras basmathi dan asingkan ke tepi.
  2. Bersihkan serta buang kulit ayam sebelum dipotong dadu dan asingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak sebelum menumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu tadi dan biarkan sehingga ayam masak.
  6. Masukkan beras dan kacau perlahan-lahan buat seketika.
  7. Angkat dan masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk nasi.
  8. Hancurkan kiub pati ayam dan masukkan bersama isi jagung, serbuk kunyit, garam, susu dan air ke dalam periuk.
  9. Biarkan sehingga nasi masak.
  10. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan badam ke atas nasi.
  11. Hidangan Nasi Jagung siap untuk dinikmati.

Baca artikel: 8 sebab utama mengapa perlu makan pisang lebih banyak

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!