Nasi Goreng Ala Thai

Nasi Goreng ala Thai

Bahan-bahan:

  • Udang – 5 ekor
  • Tepung jagung – 50 gram
  • Telur – 1 biji
  • Serbuk kunyit – secukupnya
  • Mangga muda – 1 biji
  • Serai – 1 batang
  • Bunga kantan – 1 kuntum
  • Daun limau purut – 2 helai
  • Cili api – 3 tangkai
  • Bawang besar – ½ labu
  • Kicap cair – 1 sudu kecil
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Nasi putih – 1 mangkuk
  • Sayur campur – secukupnya
  • Kicap cair – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

Cara menyediakan:

  1. Udang Goreng Tepung
    ● Bancuhkan tepung jagung bersama telur sehingga sebati.
    ● Masukkan garam secukup rasa dan kunyit sebagai pewarna.
    ● Masukkan udang ke dalam tepung yang telah dibancuh.
    ● Goreng dalam minyak panas satu persatu sehingga garing.
  2. Kerabu Mangga
    ● Buang kulit mangga terlebih dahulu sebelum isi mangga diparut halus.
    ● Masukkan serai, bunga kantan, daun limau purut, cili api dan bawang besar ke dalam mangkuk bersama isi mangga yang telah siap diparut.
    ● Taburkan garam dan gula secukup rasa.
    ● Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  3. Nasi Goreng
    ● Masukkan nasi putih, kicap cair, bawang putih, serbuk kunyit, sayur campur dan garam secukup rasa.
    ● Goreng sehingga semua bahan menjadi sebati dan masak.
  4. Hidangkan nasi goreng bersama udang goreng tepung dan kerabu mangga.
  5. Nasi Goreng ala Thai siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!