Nasi Beriani

Nasi Beriani

Bahan-bahan:

  • Beras basmati – 500 gram
  • Air – 500 ml
  • Bawang besar – 250 gram
  • Bawang putih – 50 gram
  • Halia – 50 gram
  • Minyak sapi – 150 gram
  • Minyak masak – 100 ml
  • Kulit kayu manis – 2 batang
  • Buah pelaga – 5 biji
  • Bunga cengkih – 5 kuntum
  • Daun pandan – 3 helai
  • Pewarna kuning – secukupnya
  • Pewarna merah – secukupnya
  • Air mawar – 10 gram
  • Sucu cair – 1 tin
  • Garam – secukup rasa

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus

Cara menyediakan:

  1. Basuh beras basmati sebelum dituskan airnya dan diasingkan ke tepi.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi sebelum memasukkan bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan daun pandan.
  5. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
  6. Kacau hingga naik bau.
  7. Masukkan air dan teruskan kacau semua bahan tersebut hingga mendidih.
  8. Masukkan beras dan kacau sehingga rata.
  9. Perlahankan api setelah nasi masak.
  10. Masukkan air mawar dan pewarna.
  11. Kacau semua bahan hingga sebati.
  12. Nasi Beriani siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!