Nasi Arab Mandy Kambing

Nasi Arab Mandy Kambing

Bahan-bahan:

  • Beras beriani – 1 kilogram
  • Jintan manis – ½ sudu
  • Buah pelaga – ½ sudu
  • Bunga cengkih – ½ sudu
  • Serbuk lada putih – ½ sudu
  • Kulit kayu manis – 2 batang
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Cili hijau – 2 tangkai
  • Minyak jagung – 2 sudu besar
  • Air – 3 liter
  • Daging kambing – ½ kilogram
  • Rempah Arab – 1 sudu
  • Garam – 1 sudu

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan beras dan biarkan selama 15 minit.
  2. Sementara itu, masakkan air dalam periuk selama 10 minit.
  3. Masukkan beras tadi ke dalam periuk dan biarkan selama 10 minit.
  4. Campurkan jintan manis, buah pelaga, bunga cengkih, serbuk lada putih, kulit kayu manis, minyak jagung dan sedikit garam ke dalam periuk.
  5. Gaulkan hingga sebati dan biarkan dimasak selama 10 minit.
  6. Gaulkan garam dan rempah Arab pada daging kambing.
  7. Balut daging kambing tadi dengan aluminium foil dan letak ke dalam periuk nasi yang sedang dimasak.
  8. Biarkan sehingga daging kambing masak.
  9. Nasi Arab Mandy Kambing siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!