Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Featured Video Play Icon

Misteri ‘Dora and the Lost City of Gold’ di pawagam Ogos ini!

Paramount Pictures telah mengeluarkan trailer pertama ‘Dora and the Lost City of Gold‘.

Filem yang diarahkan oleh James Bobin ini dibintangi oleh Isabela Moner (Dora) sebagai watak utama, bersama Eugenio Derbez, Michael Peña, Eva Longoria, Danny Trejo dan Benicio del Toro.

Poster filem ‘Dora and the Lost City of Gold’.

Ia mengisahkan kehidupan Dora yang telah menghabiskan sebahagian besar kehidupannya menjelajah hutan bersama kedua ibu bapanya sebagai seorang individu yang berdikari, namun dia masih tidak bersedia untuk menghadapi alam persekolahan.

Sekumpulan pemburu harta karun kemudiannya cuba menangkap Dora untuk menyelesaikan sebuah misteri.

Tetapi apakah misteri yang bakal dihadapi oleh Dora?

Kita nantikan bersama filem ‘Dora and the Lost City of Gold’ yang akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Ogos 2019.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!