Microsoft Jepun: Kerja 4 hari seminggu tingkatkan produktiviti sebanyak 40%

Microsoft Jepun

Microsoft Jepun mengumumkan keputusan percubaan untuk bekerja selama 4 hari dalam seminggu yang dijalankan pada bulan Ogos 2019. Eksperimen kerja selama 4 hari seminggu sangat disukai oleh pekerja mereka dan yang paling penting, ia telah meningkatkan produktiviti sebanyak 39.9 peratus.

Seluruh tenaga kerja di Microsoft Jepun menguji masa kerja selama 4 hari seminggu yang dikenali sebagai “Summer Choice Challenge Summer-2019“. Kira-kira 2,300 pekerja tidak perlu untuk bekerja sebanyak lima kali pada hari Jumaat semasa bulan Ogos lalu, tanpa sebarang penurunan gaji atau memberi kesan kepada cuti tahunan mereka.

Menurut The Mainichi, Microsoft Jepun juga merancang untuk memberi subsidi kepada percutian keluarga pekerja atau pendidikan lanjutan sehingga ¥100,000 (kira-kira RM3,786).

“Bekerja sebentar, istirahat dengan baik dan banyakkan belajar. Ia perlu mempunyai persekitaran yang membolehkan anda merasakan tujuan hidup anda dalam kehidupan ini selain memberikan kesan yang lebih baik di tempat kerja. Saya mahu pekerja berfikir dan mengalami bagaimana mereka dapat mencapai hasil yang sama dengan 20 peratus kurang masa kerja.” – Takuya Hirano, Presiden dan CEO Microsoft Jepun.

Walaupun budaya kerja 5 hari seminggu telah menjadi kebiasaan di seluruh dunia selama beberapa dekad, ia mungkin boleh dipertimbangkan semula selepas hasil keputusan ujian Microsoft Jepun ini.

Peningkatan produktiviti sebanyak 39.9% disebabkan oleh pekerja yang yang menggunakan masa mereka dengan sebaik mungkin. Banyak mesyuarat telah dipendekkan atau dibatalkan jika ia tidak begitu penting.

Hasilnya juga menunjukkan bahawa pekerja mengurangkan waktu rehat sebanyak 25.4%. Manakala pejabat yang kosong selama 5 hari telah mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 23.1% selain penurunan penggunaan kertas sebanyak 58.7%. Ia sangat menguntungkan pekerja, syarikat dan persekitaran.

Namun ia tetap memberikan sedikit masalah terutamanya di bahagian khidmat pelanggan kerana semua syarikat lain tetap bekerja pada hari Jumaat walaupun ia sangat disenangi oleh 92.1% pekerja mereka.

Walaupun minat dalam minggu kerja yang dipendekkan telah mendapat sambutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia tetap mempunyai cabaran, seperti menjaga pelanggan dan persaingan. Mempunyai separuh kakitangan yang bekerja pada hari Jumaat dan setengah lagi pada hari Isnin adalah satu penyelesaian yang terbaik untuk melihatkan seolah-olah mereka menjalankan perniagaan seperti syarikat-syarikat yang lain.

Microsoft Jepun juga dilaporkan mahu mengulangi eksperimen kerja selama 4 hari seminggu pada tahun hadapan.

Sumber gambar: vpnsrus.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!