‘Mega Careers & Study Fair’ di KLCC pada Ogos ini!

Mega Careers & Study Fair

Mega Careers & Study Fair atau MCASF bakal menghimpunkan 70 syarikat dan 25 universiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre) pada 24 dan 25 Ogos ini.

Selain mencari peluang pekerjaan, anda juga boleh memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Mega Careers & Study Fair

Anda hanya perlu bina profil dan menghantar CV melalui akaun ConnectNOW yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store untuk memudahkan permohonan kerja pada karnival tersebut.

Mega Careers & Study Fair

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pengering rambut Dyson dan Nintendo Switch jika mendaftar untuk karnival MCASF ini. Anda hanya perlu mendaftar melalui laman sesawang mcasf.com sebelum melakukan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MCASF.

Layari laman sesawang mcasf.com untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Mega Careers & Study Fair.

Sumber gambar: Facebook @CareersAndStudy

Baca artikel: 5 pekerjaan yang mungkin tidak akan wujud lagi 10 tahun akan datang

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!