Makan atas air di Restoran Terapung D Mukmin

Restoran Terapung D Mukmin

Pernahkah terfikir bagaimana rasanya ketika makan di atas restoran yang terapung? Anda boleh mencubanya di Restoran Terapung D Mukmin yang terletak di Temerloh, Pahang kerana bukan suasana restorannya sahaja yang menarik, malah makanan yang disajikan oleh mereka juga sangat menyelerakan.

Lokasinya pula memang sesuai untuk datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan menyediakan ruang parkir yang luas, semestinya tidak menjadi masalah jika anda hendak ke sana bersama konvoi.

Restoran Terapung D Mukmin
Kawasan ruang makan terapung.
Restoran Terapung D Mukmin
Boleh makan di kawasan darat jika takut terapung.

Manakala menu yang harus anda cuba sudah semestinya ‘Dulang Kolestrol’, iaitu nasi lemak yang dihidangkan bersama sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal udang, ayam goreng berempah, paru masak berlada dan telur rebus. Anda boleh memesan menu ‘Dulang Kolestrol’ tersebut untuk couple set (2 orang makan), atau family set (4 orang makan).

Restoran Terapung D Mukmin
Dulang Kolestrol

Selain itu, mereka juga ada menyediakan set ‘Western Dulang’ untuk penggemar masakan barat. Anda boleh mendapatkan spaghetti, chicken chop, chicken grill, lamb chop, garlic bread, wedges, coleslaw dan french fries bersama sos istimewa mereka di dalam satu set hidangan.

Restoran Terapung D Mukmin
Western Dulang

Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Terapung D Mukmin, boleh hubungi mereka melalui facebook.

Waktu operasi:
6.30 petang – 12 tengah malam
Setiap hari Rabu hingga Isnin
(Cuti setiap hari Selasa)

Sumber foto: Restoran Terapung D Mukmin

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!