Makan ala hipster dan murah di Cucu Blagak’s House

Cucu Blagak's House

Cucu Blagak’s House menceriakan pencinta makanan ala hipster khas untuk anda yang berada di sekitar Setapak, Kuala Lumpur.

Dengan menyajikan makanan ala hipster, ia semestinya sesuai untuk dijadikan sebagai port lepak remaja masa kini kerana harga makanan dan minuman yang disajikan adalah murah dan sangat berpatutan.

Cucu Blagak's House

Cucu Blagak's House

Keistimewaan kedai ini pula adalah pada sambal Tok Blagak di dalam setiap hidangan yang disajikan. Setiap suapan sambal tersebut pasti membuatkan anda mahu menambah lagi.

Manakala kebersihan dan suasana yang tenang bersama kemudahan wifi yang disediakan semestinya menjadikan ia sebagai port lepak yang terbaik.

Waktu operasi Cucu Blagak’s House ini bermula pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, setiap hari Selasa hingga Ahad dan bercuti pada setiap hari Isnin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cucu Blagak’s House, boleh hubungi mereka melalui facebook atau melalui WhatsApp di talian +60 11-3620 8120.

Alamat: No. G26, PV128, 128, Jalan Genting Klang, Setapak 53300 Kuala Lumpur.

WhatsApp: +60 11-3620 8120

Waktu operasi:
12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam
Setiap hari Selasa hingga Ahad
(Cuti setiap hari Isnin)

Sumber gambar: Facebook @cucublagakshouse

Baca artikel: 6 port makan terbaik di Ampang

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!