Maizurah rakam lagu ‘Have You Ever Loved Me’ dalam bahasa Mandarin

Featured Video Play Icon

Maizurah, penyanyi wanita berketurunan Melayu yang berasal dari Johor tampil dengan menulis dan merakam sebuah lagu berbahasa Mandarin bertajuk ‘Have You Ever Loved Me‘.

Lagu ini yang liriknya dihasilkan sendiri oleh Maizurah telah mendapat sentuhan komposer dari Derby, United Kingdom, Ben Haynes.

Maizurah kini menetap di Qatar sememangnya meminati bidang muzik dan sentiasa berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Sebelum ini, beliau pernah menulis dan merakamkan beberapa buah lagu Inggeris, namun tumpuan beliau kini lebih terarah kepada menghasilkan lagu-lagu Mandarin pula.

Berlatar belakangkan pendidikan dari sekolah Cina iaitu Foon Yew High School, Johor Bahru, Maizurah fasih bertutur menggunakan Bahasa Mandarin walaupun bahasa ibundanya adalah Bahasa Melayu. Kelebihan ini amat membantu kreativiti beliau dalam menghasilkan lagu-lagu Mandarin.

Ketika zaman remajanya, beliau banyak mendengar lagu-lagu Mandarin popular nyanyian A-Mei, Faye Wong, Leehom Wang, Jacky Cheung, Jerry Yan, Jay Chou, Jin Sha (Kym) dan Fish Leong.

Selain itu, Maizurah amat meminati Penny Tai dan menganggap Penny sebagai idolanya dalam industri muzik Cina. Kebetulan Penny Tai merupakan alumni sekolah yang sama dengan Maizurah. Bangga dengan pencapaian serta kejayaan Penny dalam industri muzik Cina, Maizurah turut menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah Penny dengan terlibat dalam kerjaya nyanyian serta menempa nama dalam industri muzik di China.

Maizurah turut berharap untuk berkolaborasi dengan mana-mana syarikat rakaman demi memastikan impiannya untuk menghasilkan album Mandarin menjadi kenyataan kelak.


Video muzik Maizurah yang bertajuk Have You Ever Loved Me kini boleh ditonton di saluran YouTube.

Ikuti akaun Instagram @officialmaizurah untuk mengetahui perkembangan terkini Maizurah.


Baca artikel: Doa Dari Kami – Bunyamin

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!