Magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan

Magis halia

Halia memang sering digunakan ketika memasak, terutamanya dalam hidangan masyarakat melayu di Malaysia. Malah air teh juga ditambah halia untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Tetapi tahukah anda kebaikan yang diperolehi melalui halia di dalam setiap hidangan kita. Berikut disenaraikan magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan.

Mengurangkan demam dan selsema
Demam, batuk, selsema dan hidung yang tersumbat memang sering berlaku ketika musim. Masalah tersebut mampu dikurang menggunakan halia kerana ia boleh bertindak sebagai dekongestan. Caranya pula sangat mudah iaitu dengan hanya meminum air halia.

Mengurangkan rasa sakit perut
Rasa sakit perut yang diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam perut juga mampu dikurangkan dengan meminum air halia. Tetapi anda harus bersedia untuk menghidu bau yang dihasilkan dari diri anda sendiri, iaitu sendawa dan kentut.

Baca artikel: Jangan tahan kentut jika mahu sihat

Melegakan sakit senggugut
Masalah senggugut ialah masalah yang dialami oleh golongan wanita sahaja. Ia adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Rendamkan tuala ke dalam air teh halia, kemudian letakkan tuala tersebut di atas bahagian yang sakit untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Minum air teh halia juga mampu memberikan sedikit kelegaan.

Mengurangkan rasa sakit sendi
Minum air halia mampu mengurangkan rasa sakit sendi, selain menyapu minyak halia ke bahagian sendi yang sakit itu. Ia kerana halia juga boleh dianggap sebagai painkiller yang paling mudah untuk didapati.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!