Liverpool menangi kejuaraan ‘Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019’

Juara Eropah 2018/2019

Liverpool berjaya memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-6 setelah mengalahkan Tottenham di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid dengan keputusan 2-0.

Mohamed Salah menjaringkan gol pertama untuk Liverpool melalui sepakan penalti pada minit kedua perlawanan, manakala gol kedua dijaringkan oleh pemain gantian, Divock Origi pada minit ke-88.

Juara Eropah 2018/2019
Jürgen Klopp

Kejuaraan ini juga merupakan kejayaan pertama jurulatih Jürgen Klopp pada Liga Juara-Juara Eropah setelah dua kali gagal di perlawanan akhir, iaitu ketika bersama Liverpool pada tahun 2018 dan Borussia Dortmund pada tahun 2013.

Kini Liverpool berada di tempat ketiga sebagai pemenang terbanyak dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah di belakang AC Milan (7 kejuaraan) dan Real Madrid (13 kejuaraan).

Manakala bagi Tottenham, ia merupakan penampilan dan kekalahan pertama pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Malah jurulatih pasukan Tottenham, Mauricio Pochettino masih lagi gagal untuk memenangi sebarang kejuaraan sepanjang karier sebagai jurulatih.

Rekod kejayaan Liverpool di Liga Juara-Juara Eropah
● Juara – 1977, 1978, 1981, 1984, 2005 & 2019
● Naib juara – 1985, 2007 & 2018

Rekod pemenang terbanyak Liga Juara-Juara Eropah
● Real Madrid – 13 kejuaraan
● AC Milan – 7 kejuaraan
● Liverpool – 6 kejuaraan
● Bayern Munich – 5 kejuaraan
● Barcelona – 5 kejuaraan

Sumber gambar: Instagram @liverpoolfc

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!