Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Laksa Kari Nyonya

Laksa Kari Nyonya

Bahan-bahan:

  • Laksa beras – 1 bungkus
  • Bawang merah – 15 ulas
  • Lengkuas – 4 inci
  • Kunyit hidup – 1 inci
  • Cili kering – 20 tangkai
  • Belacan – 2 inci
  • Serai – batang
  • Daun kesum – 1 ikat
  • Bunga kantan – 2 kuntum
  • Asam keping – 5 keping
  • Sos ikan – 3 sudu
  • Gula Melaka – 1 keping
  • Santan – 250 ml
  • Bebola ikan – 10 biji
  • Udang – 10 ekor
  • Stok ayam – 1 liter
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya
  • Taugeh – 200 gram
  • Timun – 1 batang
  • Daun kesum – 1 ikat
  • Bawang besar – 1 labu
  • Tauhu – 3 keping
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Telur rebus – 3 biji

Cara menyediakan:

  1. Rebus laksa sehingga lembu sebelum dituskan dan diasingkan ke tepi.
  2. Bersihkan udang dan asingkan kepala serta kulitnya.
  3. Kisar kepala serta kulit udang bersama sedikit air sebelum ditapis airnya untuk dijadikan stok udang.
  4. Rendam cili kering sehingga lembut.
  5. Kisar cili kering yang telah direndam bersama bawang merah, lengkuas, kunyit hidup, belacan dan serai.
  6. Panaskan minyak ke dalam periuk sebelum menumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan air stok udang yang telah ditapis tadi bersama daun kesum yang telah dihiris nipis.
  8. Biarkan sehingga kuah mendidih.
  9. Masukkan sos ikan bersama asam keping dan gula Melaka.
  10. Masukkan bunga kantan yang telah dihiris nipis bersama santan.
  11. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  12. Masukkan bebola ikan dan udang.
  13. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum memadamkan api.
  14. Goreng tauhu dan hiris mengikut saiz yang dikehendaki.
  15. Hiris timun dan cili merah sehingga nipis.
  16. Hidangkan laksa bersama kuah yang telah siap dimasak tadi.
  17. Nikmati Laksa Kari Nyonya bersama tauhu goreng, hirisan timun, cili merah dan telur rebus.

Baca artikel: 8 manfaat timun terhadap kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!