Kurangkan kolestrol dengan avokado

Kurangkan kolestrol dengan avokado

Pokok avokado atau nama saintifiknya Persea Americana yang dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Merupakan satu-satunya buah yang kaya dengan lemak sihat, avokado dipercayai mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat, dan meningkatkan tahap kolestrol baik dalam tubuh.

Baca artikel: Ramai yang tidak tahu fungsi 6 makanan ini terhadap kesihatan

Kandungan vitamin B6 dan asid folik yang terdapat pada buah avokado ini juga mampu mengawal tahap homocysteine yang berkaitan dengan risiko penyakit jantung.

Manakala vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu yang terdapat padanya mampu membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

Malah buah avokado yang kaya dengan antioksida adalah sangat baik untuk kesihatan kulit dan mencegah gejala penuaan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!