Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kurang minum air masak ganggu kesihatan

Kurang minum air masak ganggu kesihatan

Kurang minum air masak boleh menganggu kesihatan dan menyebabkan dehidrasi pada tubuh badan. Selain itu, ia juga boleh menganggu daya kosentrasi dan emosi hingga menjadikan seseorang itu berasa lebih cepat untuk marah.

Buah pinggang pula terpaksa membuat kerja yang berlebihan kerana ia terpaksa menyimpan air yang berlebihan untuk waktu-waktu kecemasan dan menjadikan anda jarang untuk membuang air kecil. Sekiranya buah pinggang anda berterusan mengalami masalah untuk kerja yang berlebihan ini, ia mungkin bakal mengalami masalah yang lain yang lebih teruk seperti batu karang atau jangkitan pada saluran kencing.

Manakala suhu badan akan meningkat dan menjadikan anda kurang berpeluh akibat masalah kekurangan air. Malah kulit anda juga akan menjadi kering terutamanya pada bahagian bibir.

Oleh itu, minumlah antara 2 hingga 3 liter air sehari untuk menjadikan tubuh badan anda kekal sihat.

Baca artikel: 8 sebab utama mengapa perlu makan pisang lebih banyak

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!