Kupang Masak Lemak Cili Padi

Kupang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  • Kupang – 300 gram
  • Cili padi – 20 gram
  • Daun kunyit – 2 helai
  • Serai – 1 batang
  • Santan – 1 liter
  • Serbuk kunyit – 10 gram
  • Cili merah – 5 tangkai
  • Tomato – 3 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Air – 1 cawan

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan kulit kupang sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Kisar cili padi sehingga halus manakala serai dititik.
  3. Masukkan cili padi yang telah siap dikisar bersama air, daun kunyit, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Masukkan kupang dan santan.
  6. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  7. Potong cili merah dan tomato mengikut saiz yang dikehendaki sebelum dimasukkan sekali.
  8. Masukkan garam secukup rasa.
  9. Kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan menjadi sebati.
  10. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!