Khasiat herba dan rempah ratus

Khasiat herba dan rempah ratus

Herba dan rempah ratus memang telah lama digunakan sejak zaman berzaman. Malah terdapat pelbagai jenis masakan yang menggunakan herba dan rempah ratus ini. Tetapi tidak ramai yang tahu khasiat herba dan rempah ratus yang sering digunakan.

Sains moden pula telah membuktikan bahawa kebanyakan herba dan rempah ratus ini memang memberikan pelbagai faedah dan khasiat yang baik untuk kesihatan.

Berikut disenaraikan jenis herba dan rempah ratus beserta khasiatnya yang baik untuk kesihatan;

Khasiat herba dan rempah ratus
Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis mampu mengurangkan risiko penyakit diabetis, kolestrol, darah tinggi dan kanser, selain melegakan sakit otot dan tindakbalas alergi. Malah ia juga mampu mengurangkan sakit gigi yang berlubang dengan cara meratakan serbuk kulit kayu manis ke bahagian gigi yang berlubang tersebut.


Khasiat herba dan rempah ratus
Buah Pelaga

Buah pelaga yang dianggap sebagai ‘Ratu Rempah’ merupakan antara rempah ratus yang paling tua di dunia. Pada zaman dahulu ia digunakan sebagai pencuci gigi dengan cara mengunyahnya, selain digunakan sebagai minyak wangi. Masalah lenguh-lenguh badan dan obesiti juga dapat dikurangkan dengan cara menumbuk halus buah pelaga sebelum dimasukkan ke dalam air untuk dijadikan minuman.

Baca artikel: Gunakan buah pelaga untuk atasi masalah angin dalam badan


Bunga Lawang

Air rebusan bunga lawang mampu mengurangkan masalah angin dalam badan selain mengurangkan sakit sendi. Malah air rebusan tersebut juga dipercayai mampu mencegah penyakit H1N1. Manakala meminum campuran air teh bersama bunga lawang pula boleh membantu untuk mengatasi masalah tidur malam.

Baca artikel: 12 cara untuk mudah tidur malam


Bunga Cengkih

Dengan hanya mengunyah bunga cengkih, mulut anda boleh menjadi harum. Jantung pula boleh menjadi semakin sihat, dan fikiran serta penglihatan boleh menjadi semakin tajam jika diamalkan selalu.


Halba

Rawat masalah migrain dan ketagihan rokok dengan meminum campuran teh halba bersama madu. Manakala masalah kencing manis pula boleh dikawal dengan hanya amalkan memakan 5 biji halba setiap hari.


Halia

Halia memang sangat terkenal untuk mengurangkan masalah angin dalam badan dan rasa sakit sendi. Malah halia juga dapat membantu untuk memecahkan sel lemak yang berkumpul dalam saluran darah.

Baca artikel: Magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan


Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!