KFC Ghost Pepper Zinger & Twister khas untuk penggemar makanan pedas

KFC Ghost Pepper

Khas buat penggemar makanan pedas, anda harus mencuba menu baharu dari Kentucky Fried Chicken iaitu KFC Ghost Pepper Zinger & Twister.

Menu terbaharu KFC ini menggunakan salah satu cili terpedas di dunia iaitu ‘ghost pepper‘. Bagi yang digelar ‘hantu makanan pedas’ pula, anda harus mencubanya kerana ia mampu memberikan rasa pedas yang berpanjangan.

Beginilah rupa cili yang diberikan nama ‘ghost pepper’.

Nama sebenar cili yang berasal dari negara India ini ialah Bhut Jolokia. Malah ia juga pernah mendapat gelaran cili terpedas di dunia pada tahun 2007, selain dimasukkan ke dalam buku The Guinness Book of World Records kerana kepedasannya. Namun rekod itu telah dipecahkan oleh cili Carolina Reaper pada tahun 2013.

KFC Ghost Pepper Zinger.

Oleh itu, pergilah ke KFC sekarang untuk mencuba tahap kepedasannya. Tetapi bagi anda yang tidak tahan memakan makanan pedas, dinasihatkan untuk membawa air susu bagi mengurangkankan rasa pedas tersebut.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!