Ketam Black Pepper

Ketam Black Pepper

Bahan-bahan:

  • Ketam – 300 gram
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Udang kering – 150 gram
  • Lada hitam – 200 gram
  • Cili padi – 10 tangkai
  • Mentega – 200 gram
  • Daun kari – secukupnya
  • Sos tiram – secukup rasa
  • Sos soya hitam – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak sebelum menggoreng ketam yang telah dibersihkan.
  2. Goreng ketam sehingga separuh masak dan tus sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Potong bawang merah sehingga nipis manakal bawang putih diketuk.
  4. Tumbuk cili padi sehingga lumat.
  5. Panaskan mentega sebelum masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering, lada hitam, daun kari dan cili padi.
  6. Kacau perlahan-lahan sehingga naik bau.
  7. Masukkan ketam yang telah digoreng separuh masak.
  8. Gaul ketam bersama semua bahan sehingga sebati dan biarkan hingga cukup masak.
  9. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!