Kerabu Su’un & Sotong

Kerabu Su'un & Sotong

Bahan-bahan:

  • Su’un – 300 gram
  • Sotong – 250 gram
  • Cili padi – 20 gram
  • Cili merah – 20 gram
  • Bawang merah – 60 gram
  • Serai – 2 batang
  • Bunga kantan – 1 batang
  • Udang kering – 10 gram
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Jus limau nipis – 2 biji
  • Gula – 1 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Celur su’un dalam air panas mendidih sehingga lembut dan tus sehingga kering.
  2. Buang kulit sotong dan bersihkan sebelum dipotong bulat.
  3. Goreng sotong dengan minyak yang sedikit selama 4-5 minit dan asingkan ke tepi.
  4. Hiris cili padi, cili merah, bawang merah, serai dan bunga kantan sehingga nipis.
  5. Gaul bahan hirisan bersama su’un, sotong, sos ikan, jus limau nipis, garam dan gula hingga sebati.
  6. Hidangkan bahan yang telah digaul ke dalam pinggan dan taburkan udang kering yang telah ditumbuk.
  7. Kerabu Su’un & Sotong siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!