Kerabu Suun Ikan Thai

Kerabu Suun Ikan Thai

Bahan-bahan:

  • Ikan mambung – 6 ekor
  • Minyak bijan – 1 sudu kecil
  • Suun – 850 gram
  • Udang geragau – 40 gram
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Bunga kantan – 1 kuntum
  • Serai – 2 batang
  • Bawang besar – 1 biji
  • Daun ketumbar – 200 gram
  • Daun bawang – 100 gram
  • Cili merah – 2 biji
  • Cili padi – 4 biji
  • Sos ikan – 3 sudu besar
  • Limau purut – 2 biji
  • Bawang goreng – secukupnya
  • Lada hitam – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ikan dengan membuang tulang dan ambil isinya sahaja.
  2. Gaulkan isi ikan dengan garam, lada hitam dan minyak bijan sebelum dibiarkan untuk diperap selama 1 jam.
  3. Panggang ikan yang telah siap diperap hingga masak kekuningan sebelum diangkat dan diasingkan ke tepi.
  4. Rendam suun di dalam air panas sebelum tos dan buang airnya.
  5. Sangai udang geragau tanpa menggunakan minyak.
  6. Hiris nipis bawang putih, bunga kantan, serai, bawang besar, daun ketumbar, daun bawang dan cili padi.
  7. Hiris nipis cili merah dan buang bijinya.
  8. Gaul semua bahan hirisan tadi bersama suun hingga sebati.
  9. Masukkan sos ikan, air perahan limau purut, lada hitam, garam dan gula sebelum digaul hingga sebati.
  10. Masukkan ikan yang telah siap dipanggang dan gaul dengan perlahan sebelum dihidangkan ke atas pinggan.
  11. Taburkan bawang goreng yang telah dikisar kasar.
  12. Kerabu Suun Ikan Thai siap untuk dinikmati.

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!