Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku

Bahan-bahan:

  • Pucuk paku – 2 ikat
  • Udang – 500 gram
  • Bawang besar – 1 labu
  • Cili padi – 5 tangkai
  • Cili merah – 5 tangkai
  • Udang kering – 2 sudu
  • Limau nipis – 2 biji
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Celur pucuk paku dan kemudian tuskan airnya.
  2. Tumbuk udang kering, cili padi dan 2 tangkai cili merah sehingga halus.
  3. Gaulkan pucuk paku bersama semua bahan yang telah ditumbuk halus sehingga rata.
  4. Campurkan air perahan limau nipis bersama garam ke dalam bahan yang telah digaulkan.
  5. Hiris 3 tangkai cili merah dan bawang besar sehingga nipis.
  6. Rebus udang dan buang kulitnya.
  7. Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata.
  8. Hidangan siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!