Kenali 5,000 jenis habitat laut di AquariaKLCC

AquariaKLCC

AquariaKLCC yang terletak di tengah-tengah ‘Segitiga Emas’ Kuala Lumpur merupakan salah satu tarikan menarik bagi pengunjung yang mahu bersantai bersama keluarga.

Dengan keluasan 60,000 kaki persegi, ia menghimpunkan lebih daripada 5,000 jenis habitat laut yang mempesonakan.

Pameran ‘Living Ocean’ di dalam terowong sepanjang 90 meter akan membawa anda mengenali pelbagai jenis hidupan laut seperti jerung, ikan pari gergasi, penyu dan banyak lagi hidupan laut yang lain.

AquariaKLCC

Bayaran kemasukan adalah RM49 (dewasa), RM39 (kanak-kanak), RM39 (Warga Emas) dan RM16 (OKU) untuk pemegang MyKad.

Bukan pemegang MyKad pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM69 (dewasa), RM59 (kanak-kanak), RM49 (Warga Emas) dan RM16 (OKU).

Waktu operasi AquariaKLCC pula bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 8 malam, setiap hari termasuk pada hari cuti umum. Manakala waktu kemasukan terakhir adalah pada jam 7 malam.

AquariaKLCC

Layari laman sesawang aquariaklcc.com atau hubungi talian +603 2333 1888 untuk maklumat lanjut.

Sumber gambar: Malaysia.travel & aquariaklcc.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!