Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Keli Salai Masak Lemak

Keli Salai Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • Ikan keli – 10 ekor
  • Santan pekat – 1 kilogram
  • Cili api – 200 gram
  • Daun cekur – 3 helai
  • Minyak masak – 3 camca
  • Air asam jawa – ½ cawan
  • Garam – secukup rasa
  • Bawang putih – 10 ulas
  • Ikan bilis – 100 gram
  • Buah cekur – 50 gram

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ikan keli sebelum disalai hingga garing.
  2. Kisar bawang putih, ikan bilis, buah cekur dan sebahagian cili kering.
  3. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  4. Masukkan santan bersama air asam jawa dan kacau perlahan-lahan.
  5. Masukkan baki cili api tadi bersama garam secukup rasa.
  6. Taburkan hirisan daun cekur.
  7. Kacau perlahan dan biarkan masak seketika selama kira-kira 10 minit.
  8. Tuangkan kuah masak lemak ke atas ikan keli yang telah siap disalai.
  9. Hidangan ikan keli masak lemak siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!