Kejohanan Dunia MLBB 2019 di Axiata Arena

Kejohanan Dunia MLBB 2019

Kejohanan Dunia MLBB 2019 (M1) yang dianjurkan oleh Moonton bakal berlangsung selama tiga hari di Axiata Arena Bukit Jalil iaitu pada 15, 16 dan 17 November 2019.

Ia merupakan kejohanan esports yang bertaraf antarabangsa dan hadiah keseluruhan bernilai USD250,000 akan direbut oleh semua pasukan yang hadir dari seluruh dunia untuk Kejohanan Dunia MLBB edisi yang pertama ini.

Sebanyak 16 pasukan yang bakal bertanding pada edisi kali ini tetapi hanya satu pasukan sahaja yang bakal membawa pulang hadiah utama yang bernilai USD80,000.

Manakala harga tiket yang bernilai RM15 sehingga RM110 boleh didapati melalui laman sesawang myticket.asia jika anda mahu menyaksikannya secara langsung.

Layari laman sesawang m1.mobilelegends.com untuk mengikuti perkembangan terkini Kejohanan Dunia MLBB 2019.

Baca artikel: Microsoft Jepun: Kerja 4 hari seminggu tingkatkan produktiviti sebanyak 40%

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!