Kegunaan WD-40 yang tidak diketahui ramai

WD-40

WD-40 memang terkenal dengan kegunaannya untuk menghilangkan kesan karat pada peralatan berasaskan besi.

Tetapi tahukah anda bahawa WD-40 turut memiliki pelbagai kegunaan lagi yang boleh anda praktikkan.

Berikut disenaraikan 4 kegunaan lain WD-40:

1. Pencuci tandas
Ianya sangat membantu untuk menghilangkan kesan kotoran pada tandas. Semburkan WD-40 pada permukaan tandas dan biarkan buat beberapa minit sebelum menggosoknya.

2. Pemadam krayon
Tidak perlu risau jika anak anda menconteng dinding rumah dengan menggunakan krayon. Semburkan sahaja WD-40 pada dinding yang diconteng sebelum anda mengelap dinding tersebut.

3. Menanggalkan pelekat
Anda tidak perlu bersusah payah untuk menanggalkan pelekat seperti pelekat cukai jalan kereta. WD-40 memang sangat membantu untuk menanggalkan pelekat tersebut dengan cara menyemburkannya pada keliling bahagian pelekat tersebut sebelum menanggalkannya seperti biasa.

4. Menanggalkan cincin
Cincin tersekat pada jari? Semburkan WD-40 pada jari anda sebelum cuba menanggalkan cincin. Pastikan anda membasuh tangan selepas menanggalkan cincin tersebut.

Baca artikel: Fungsi sebenar penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!