Kegunaan ‘baby oil’ yang ramai tidak tahu

Kegunaan 'baby oil'

Ramai yang menyangkakan kegunaan baby oil hanyalah untuk bayi, walaupun tujuan utama ia dihasilkan memang untuk kegunaan bayi. Namun ia tetap boleh digunakan oleh orang dewasa.

Tetapi tahukah anda baby oil ini juga boleh digunakan untuk banyak lagi kegunaan lain? Setelah membaca artikel ini, mungkin anda akan mendapati bahawa semua golongan usia boleh mendapat manfaat dengan menggunakannya.

Bercukur
Anda boleh menggantikan krim pencukur dengan baby oil kerana ia juga mampu mengurangkan rasa kurang selesa pada kulit selepas bercukur. Sebagai bonus, kulit anda juga akan menjadi lebih lembut selepas bercukur menggunakannya.

Menanggalkan solekan
Baby oil juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan. Tuangkan sedikit baby oil pada kapas dan sapukannya pada wajah untuk menanggalkan kesan solekan.

Menanggalkan cincin
Cincin tersangkut pada jari ketika cuba menanggalkannya? Hanya sapukan sedikit baby oil pada jari anda dan cuba menanggalkan cincin tersebut perlahan-lahan. Ia mungkin dapat membantu anda.

Menghilangkan kesan cat
Tangan anda pasti akan terkena kesan cat selepas proses mengecat rumah, melainkan anda sememangnya seorang tukang cat yang mahir. Sapukan baby oil pada tangan anda yang terkena kesan cat tersebut, dan seterusnya gosok tangan anda sehingga kesan cat tersebut hilang. Ianya pasti akan menjadi lebih mudah berbanding anda menggosokkan tangan anda begitu sahaja untuk menghilangkan kesan cat.

Melembutkan kulit
Atasi masalah kulit kering dan merekah terutamanya pada bahagian tumit. Sapukan baby oil dan sarungkan stokin kaki sebelum masuk tidur. Biarkan ia semalaman untuk meresap dan melembutkan kulit kaki anda.

Mengilatkan
Sangat bagus untuk mengilatkan apa sahaja. Tuangkan sedikit baby oil pada dan sapukannya pada permukaan kayu, kulit, besi atau krom untuk menjadikannya lebih berkilat.

Adakah anda mahu mencuba tip-tip yang telah diberikan ini tetapi sukar untuk mendapatkan baby oil? Jangan risau kerana anda masih boleh melakukannya dengan menggunakan minyak kelapa. Ia kerana kebanyakan baby oil menggunakan produk minyak mineral yang telah diproses. Selamat mencuba..

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!