Kari Kambing Berempah

Kari Kambing Berempah

Bahan-bahan:

  • Daging kambing – 1 kilogram
  • Bawang merah – 300 gram
  • Bawang putih – 200 gram
  • Halia – 100 gram
  • Rempah kari daging – 300 gram
  • Jintan manis – 50 gram
  • Jintan putih – 50 gram
  • Daun kari – 50 gram
  • Susu cair – 200 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rebus daging kambing sehingga setengah masak sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum menumis bahan kisar tadi.
  4. Kisar jintan manis dan jintan putih sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
  5. Gaulkan rempah kari dengan sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
  6. Kacau perlahan-lahan sehingga naik minyak.
  7. Masukkan daging kambing, susu cair dan sedikit air.
  8. Kacau perlahan-lahan sehingga daging menjadi lembut dan kuah menjadi sebati.
  9. Masukkan daun kari, garam dan gula.
  10. Kacau semua bahan sehingga rata.
  11. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Khasiat daun kari yang tidak diketahui ramai

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!