Kari Ayam Kapitan

Kari Ayam Kapitan

Bahan-bahan:

  • Ayam – 500 gram
  • Cili merah – 100 gram
  • Lada hitam – 2 gram
  • Serai – 100 gram
  • Bawang merah – 100 gram
  • Bawang putih – 1 ulas
  • Belacan – ½ inci
  • Buah keras – 20 gram
  • Daun limau purut – 3 gram
  • Air asam jawa – 80 gram
  • Santan – 50 ml
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan dan potong ayam kepada bahagian yang dikehendaki sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, lada hitam, cili merah dan belacan.
  3. Pansakan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar.
  4. Kisar buah keras sebelum dimasukkan ke dalam bahan tumis bersama daun limau purut.
  5. Masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika.
  6. Masukkan ayam yang telah dipotong tadi bersama air asam jawa dan santan.
  7. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Teruskan memasak sehingga ayam menjadi empuk.
  9. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!